Tip Kecantikan

Petua kecantikan

Cara Orang Dahula Lakukan Lulur



    

Beras Pulut

Kisar beras pulut dan lumurkan ke tubuh badan
Khasiatnya untuk melicinkan kulit dan memutihkan secara 
semulajadi.




Hampas Kelapa

Sental kulit untuk menghilangkan kulit kering dan bersisik.




Asam Jawa

Air asam jawa dicampur beras kisar untuk mencerahkan kulit gelap
akibat panahan matahari (selepas berjemur seperti
mandi laut)




Isi Kunyit Parut

Dicampur beras kisar untuk memutihkan kulit,
antiseptik dan memelihara kulit supaya
sentiasa sihat dan bersih.




Garam Bukit

Membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit.
Banyak lagi kelebihan garam bukit ni.Next entry Tirah akan 
terangkan ye.



Daun Jambu Batu

Daun digiling halus disental untuk membersihkan kulit 
dan mengurangkan masalah jerawat badan.


Serbuk Kopi

Dibersihkan dan disental pada tapak tangan kasar
dan tubuh gelap terutama kawasan leher,
ketiak dan celah peha.



Kacang Hijau

Kisaran kacang hijau bagus membersihkan kulit  
kasar dan kusam.



Nanas Parut

Sental tubuh terutama kawasan kasar seperti siku,
lutut dan buku lali.


Serbuk Kayu Manis

Bertujuan membersihkan tubuh daripada masalah
bekas parut dan jerawat.




No comments:

Post a Comment